fbpx

Tetapan Agen

BIZAPP menawarkan sistem agen satu aras (one-level) dengan kemudahan enam (6) kumpulan agen. Anda boleh membuat tetapan yang berbeza bagi setiap kumpulanTetapan termasuk nama kumpulan agen, harga agen, KPI, minimum pembayaran, prioriti stok, mod pembayaran, auto tukar kumpulan, auto buang dari senarai agen dan sebagainya. 

1.  Tekan butang menu atas kiri

2.  Skrol ke bawah dan tekan menu Profil & Tetapan

3.  Tekan tab Sistem

4.  Label Kumpulan Agen

(Isikan nama setiap kumpulan yang anda inginkan. Jika anda tidak menggunakan mana-mana kumpulan, biarkan ruangan kosong tanpa isi)

5.  Min Bayaran Agen

(Tetapkan minima pembayaran keseluruhan sesuatu tempahan bagi kumpulan agen. Jika  jumlah keseluruhan pembayaran sesuatu tempahan agen kurang dari jumlah ini, agen tidak akan dapat menghantar tempahan tersebut. Jika tiada, biarkan 0)

6.  KPI Agen & Staf

(Anda boleh meletakkan KPI jualan bagi kumpulan Agen dan juga Staf. KPI bar akan menunjukkan prestasi agen dalam kiraan peratus (%) mengikut KPI yang telah ditetapkan. Jika 100%, agen tersebut telah mencapai KPI mereka)

7. Auto Lulus

(Adalah tindakan sistem kepada setiap permohonan agen anda. Anda boleh mengubah suai dengan memilih samada untuk luluskan kemana-mana kumpulan atau membuat kelulusan manual. Anda atau staf perlu memasukkan agen ke dalam kumpulan satu per satu jika anda memilih kelulusan manual..)

8. Auto Kick Agen

(Ini membolehkan sistem untuk membuang agen daripada ‘follow’ anda selepas sesuatu tempoh. Anda perlu meletakkan tempoh hari berkenaan.)

9. Auto Tukar

(Sistem boleh menukar agen dari kumpulan mereka ke kumpulan sementara jika anda tidak ingin membuang mereka dari senarai agen atau anda ingin mengubah tetapan-tetapan mereka kepada yang lain (kumpulan agen berbeza)

10. Mesej Kepada Agen

(Teks yang anda tuliskan disini dapat dilihat oleh agen-agen anda di dashboard mereka.)

11. Flash Note

(Sistem akan memaparkan teks ini kepada agen-agen semasa mereka menghantar tempahan. Teks boleh dijadikan popup sebagai peringatan penting kepada agen)

12. Pembayaran

(Tetapkan jenis pembayaran oleh kumpulan agen. Anda boleh menetapkan kedua-dua pembayaran secara manual dan FPX atau salah satu darinya)

13. Komisyen COD-K

(Bagi membolehkan agen anda membuat tempahan jenis COD-K dimana pembayaran akhir dibuat oleh pelanggan kepada kurier. Agen wajib mendaftar akaun Bizappay mereka sendiri untuk membolehkan anda membayar komisyen COD-K kepada mereka.)

14.  Skrol ke bahagian bawah sekali. Ada 11 tetapan yang anda perlu tanda untuk mengaktifkan konfigurasi berkenaan. 

a.  Benarkan agen kemaskini tempahan jika anda belum proses. 

b.  Tidak benarkan agen mengubah harga pembayaran

c.  Wajib agen pilih kos penghantaran jika memlilih penghantaran secara POS atau COD-K

d.  Wajibkan agen pilih kos penghantaran jika memilih penghantaran secara COD/Self Collect

 

15.  Tetapkan jumlah berkenaan pada tetapan E, F dan G. 

e.  Free postage bagi pembelian melebihi RM xyz (harga agen) 

f.  Free postage bagi pembelian melebihi RM xyz (harga jualan)

g.  Kenakan kos penghantaran RM xyz bagi mana mana pemilihan penghantaran jenis COD-K

16.  Tanda untuk mengaktifkan konfigurasi berkenaan. 

h.  Wajibkan agen memuat naik bukti pembayaran bagi pembayaran manual

i.  Hanya pembayaran secara manual bagi penghantaran COD-K

j.  Tiada harga terbuka penghantaran kepada agen

k.  Tiada nota agen atau data tambahan yang perlu diisi oleh agen

17.  Tekan butang 3 Menu di atas kanan. 

18.  Tekan Kemaskini Profil

19.  Tekan butang YA

Share this post :

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Alamat :

Bizapp Ventures Sdn. Bhd (1264085-M)

No. 14-2, Jalan 8/36, Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Tel :

1-700-81-2798

Korporat

Cerita Kami

Bizapp Group

Kolaborasi

Solusi

BizApp

Bizapp Academy

Bizapp Ventures © 2023. Hak Cipta Terpelihara.