TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat
Terma & Syarat
- “Go Cuba” (“Peraduan”) dianjurkan bersama oleh Bizapp Ventures Sdn Bhd (No. Syarikat: 201801002072 (1264085-M)) yang dirujuk sebagai (“Penganjur”) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“PayNet”) (No. Syarikat: 200801035403 (836743-D) dirujuk sebagai (“Penaja”).
- Peraduan ini terbuka kepada (a) penjual terpilih di platform Bizapp; (b) penjual mestilah memiliki entiti perniagaan di Malaysia dengan dokumen SSM yang sah; (c) warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan dokumen pengenalan diri yang sah semasa Tempoh Peraduan (“Peserta”); dan (d) akaun di platform Bizapp mestilah aktif semasa Tempoh Peraduan sehingga tarikh penebusan hadiah.
- Peserta akan dipilih sebagai “HQ Sellers” berdasar kepada kriteria berikut: (a) penjual yang menjadi pengguna Perbankan Dalam Talian (“FPX”) yang baru dan belum pernah mengaktifkan FPX sebelum ini; atau (b) penjual yang pernah mengaktifkan FPX sebelum ini tetapi mempunyai kurang daripada 50 transaksi FPX dalam tempoh 2 bulan yang lepas; (c) penjual yang aktif di Bizapp selama tempoh 2 bulan yang lalu; dan/atau (d) penjual yang berlangganan pelan Bizapp “Ultimate” selama tempoh 2 bulan yang lalu. Pemilihan akhir peserta dalah mengikut budi bicara muatlak pihak Penganjur dan semua keputusan adalah muktamad.
- Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:
- Kakitangan pihak Penganjur dan Penaja (termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya) serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri); dan/atau
- Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau agensi promosi Peraduan bagi pihak Penganjur dan Penaja (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya), dan ahli keluarga terdekat pihak Penganjur dan Penaja (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri)
(kesemua individu disenarai di atas secara kolektif dirujuk sebagai “Peserta Tidak Layak”).
Tempoh Peraduan & Kriteria Kelayakan
- Peraduan ini akan bermula dari 15 September 2023 pada jam 12.00AM sehingga 15 Februari 2024 pada jam 11:59 PM (Waktu Malaysia) (“Tempoh Peraduan“).
- Untuk layak memasuki Cabutan Bertuah bernilai RM70,000, Peserta mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 400 pesanan oleh agen atau pelanggan yang direkodkan kedalam aplikasi BIZAPP dengan menggunakan Perbankan Dalam Talian (“FPX”) sebagai kaedah pembayaran dalam Tempoh Peraduan yang ditetapkan.
- Untuk layak memenangi 3 unit percuma Bizapp “Sales Page”, Peserta mestilah salah seorang daripada 450 penjual pertama yang mencapai minimum 400 pesanan menggunakan Perbankan Dalam Talian FPX sebagai kaedah pembayaran dalam Tempoh Peraduan yang ditetapkan.
- Untuk layak memenangi Baucar Penghantaran Percuma untuk agen dan pelanggan, Peserta mestilah salah seorang daripada 100 penjual pertama yang mencapai minimum 400 pesanan menggunakan Perbankan Dalam Talian FPX sebagai kaedah pembayaran dalam Tempoh Peraduan yang ditetapkan.
- Sebarang transaksi yang dibuat selepas Tempoh Peraduan tidak akan dikira untuk memasuki kuota 400 pesanan.
- Hadiah Peraduan, Insentif dan Pengecualian Yuran Pembayaran (“Hadiah”):
Hadiah Utama Cabutan Bertuah | 1 x Perodua Axia bernilai RM45,000 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insuran). Untuk satu (1) Peniaga terpilih sebagai Pemenang. |
Saguhati Cabutan Bertuah | 6 x iPhone 14 jumlah bernilai RM25,000. Untuk enam (6) Peniaga terpilih sebagai Pemenang. |
Hadiah Insentif A | 1,350 x Bizapp Sales Page jumlah bernilai RM112,500. Untuk dibahagikan kepada Empat Ratus Lima Puluh (450) Pemenang, dimana setiap Pemenang akan dapat tiga (3) unit Bizapp Sales Page bernilai RM250 percuma untuk tempoh sah selama enam (6) bulan. |
Hadiah Insentif B | 10,000 x Baucar Penghantaran Percuma bernilai RM5 setiap satu. Untuk dibahagikan kepada Seratus (100) Pemenang. |
Pengecualian Yuran Pembayaran “FPX Settlement” | 300,000 x Pengecualian Yuran Pembayaran FPX Settlement jumlah bernilai RM300,000. Untuk dibahagikan kepada Tujuh Ratus Lima Puluh (750) Peserta, dimana setiap Peserta akan dapat empat ratus (400) pesanan FPX Settlement bernilai RM400 percuma. Sekiranya Peserta tidak dapat memenuhi empat ratus (400) pesanan FPX transaksi, Peserta akan mendapat pengecualian yuran pembayaran FPX Settlement berdasar kepada jumlah pesanan FPX transaksi yang dicapai sepanjang Tempoh Peraduan. Contoh : - Jumlah pesanan FPX transaksi sepanjang Tempoh Peraduan = 100 - Satu (1) yuran FPX settlement = RM1.00 - Jumlah pengecualian yuran pembayaran FPX Settlement = 100 FPX transaksi x RM1.00 = RM100 |
Pengecualian Yuran Pembayaran “Split Payment” | 300,000 x Pengecualian Yuran Pembayaran Split Payment jumlah bernilai RM60,000. Untuk dibahagikan kepada Tujuh Ratus Lima Puluh (750) Peserta, dimana setiap Peserta akan dapat empat ratus (400) Split Payment bernilai RM80 percuma. Sekiranya Peserta tidak dapat memenuhi empat ratus (400) pesanan FPX transaksi, Peserta akan mendapat pengecualian yuran pembayaran Split Payment berdasar kepada jumlah pesanan FPX transaksi yang dicapai sepanjang Tempoh Peraduan. Contoh: - Jumlah pesanan FPX transaksi sepanjang Tempoh Peraduan = 100 - Satu (1) yuran Split Payment = RM0.20 - Jumlah pengucualian yuran pembayaran Split Payment = 100 FPX transaksi x RM0.20 = RM20 |
- Gambar Hadiah yang dipaparkan dalam mana-mana bahan promosi, iklan, penerbitan/laman web dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada Hadiah yang sebenar.
- Pihak Penganjur berhak untuk menukar atau, melanjutkan Tempoh Peraduan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa sebarang notis.
Cara Penyertaan
- Peserta mesti mengaktifkan pembayaran FPX kepada agen dan pelanggan di semua platform jualan BIZAPP.
- Peserta mesti menggalakkan agen dan pelanggan mereka untuk membayar tempahan mereka menggunakan Perbankan Dalam Talian FPX sebagai kaedah pembayaran di platform Bizapp.
- Peserta mestilah mencapai sekurang-kurangnya 400 pesanan yang dibayar menggunakan Perbankan Dalam Talian FPX untuk layak menyertai Cabutan Bertuah.
- 100 Peserta pertama yang mencapai sekurang-kurangnya 400 pesanan yang dibayar menggunakan Perbankan Dalam Talian FPX akan menerima baucar Penghantaran Percuma untuk 100 tempahan bernilai RM5.00 setiap satu (1). Agen dan pelanggan hanya boleh menggunakan baucar Penghantaran Percuma untuk pembelian yang dibuat dengan 100 Peserta pertama tersebut.
- 450 Peserta pertama yang mencapai sekurang-kurangnya 400 pesanan yang dibayar menggunakan Perbankan Dalam Talian FPX akan menerima 3 unit percuma Bizapp “SalesPage” setiap satu (1).
- Setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya layak memenangi SATU (1) Hadiah Cabutan Bertuah semasa Tempoh Peraduan.
Penebusan Baucar Penghantaran Percuma
- Baucar penghantaran percuma hanya boleh ditebus oleh agen dan pelanggan untuk pesanan dengan pemilihan FPX sebagai kaedah pembayaran yang dilakukan di platform Bizapp.
- Diskaun penghantaran percuma akan digunakan secara automatik semasa proses pembayaran apabila FPX dipilih sebagai kaedah pembayaran.
- Tempoh sah baucar penghantaran percuma adalah dari 16 Februari hingga 30 April 2024. Agen dan pelanggan hanya boleh menggunakan baucar Penghantaran Percuma untuk pembelian yang dibuat dengan 100 Peserta pertama yang telah mencapai sekurang-kurangnya 400 pesanan FPX dari 15 September 2023 hingga 15 Februari 2024.
Pemilihan Pemenang Cabutan Bertuah
- Pemenang untuk Hadiah Cabutan Bertuah akan dipilih berdasarkan proses berikut (“Pemenang”):
- Pada penghujung Tempoh Peraduan, Peserta yang layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik (“Peserta Terpilih”).
- Selepas tamat Tempoh Peraduan, Peserta Terpilih akan dihubungi oleh pihak Penganjur. Sekiranya Peserta Terpilih tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut (dalam waktu bekerja, Isnin hingga Jumaat), pihak Penganjur menyimpan hak untuk membatalkan kelayakan Peserta Terpilih dan boleh memilih Peserta yang layak seterusnya sebagai Pemenang, yang mana akan dipilih mengikut budi bicara mutlak pihak Penganjur.
- Peserta / Pemenang Terpilih akan dihubungi oleh Penganjur berdasarkan maklumat hubungan yang didaftarkan dan terikat dengan akaun penjual di platform Bizapp.
- Pemenang dikehendaki menyediakan dokumen SSM yang sah (untuk perniagaan), atau kad pengenalan atau pasport Malaysia (untuk individu) semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk proses pengesahan pemenang.
Penebusan Hadiah
- Pemenang mestilah menuntut Hadiah mereka pada tarikh tertentu yang disediakan oleh pihak Penganjur atau dalam masa SATU (1) bulan selepas dimaklumkan oleh pihak Penganjur (melalui SMS atau mana-mana saluran komunikasi lain). Sekiranya Pemenang gagal untuk menuntut Hadiah mereka, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Hadiah dan memilih pemenang lain untuk memberikan Hadiah tersebut.
- Sekiranya Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut Hadiah mereka bagi pihak mereka mesti memaklumkan kepada pihak Penganjur sekurang-kurangnya DUA (2) hari lebih awal dari tarikh tuntutan yang disediakan oleh pihak Penganjur. Pemenang mesti memastikan bahawa wakil mereka menyediakan surat kebenaran yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pemenang, serta salinan dokumen SSM atau dokumen pengenalan diri Pemenang yang sah, dan dokumen pengenalan diri wakil yang sah.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak Penganjur dan Penaja mempunyai hak untuk menukar Hadiah dengan hadiah yang sama nilai atas budi bicara tunggal dan mutlaknya. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Penganjur, agensi, sekutunya, Penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana Hadiah, atau tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.
- Nilai Hadiah adalah tepat pada masa cetakan. Pihak Penganjur dan Penaja berhak untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah yang sama nilainya pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu.
- Penyempurnaan Hadiah adalah bergantung kepada ketersediaan Hadiah. Pihak Penganjur akan memaklumkan kepada Pemenang yang dipilih dari semasa ke semasa.
- Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal (jika berkaitan). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Penganjur dan Penaja dan ejennya tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti, kerugian dan kerosakan yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir hadiah atau apa-apa keadaan yang tidak diduga di luar kawalan yang munasabah oleh pihak Penganjur dan Penaja dan untuk apa-apa perbuatan atau keingkaran oleh mana-mana vendor atau pembekal pihak ketiga.
- Pihak Penganjur dan Penaja berhak untuk menangguhkan tarikh dan menukar tempat bagi menuntut Hadiah yang telah ditentukan sebelum penebusan Hadiah pada tarikh dan tempat yang lain sekiranya berlaku apa-apa keadaan yang di luar jangkaan.
- Pihak Penganjur dan Penaja tidak akan bertanggungjawab dan/atau menanggung segala kos pengangkutan yang berkaitan dengan penebusan dan/atau penyerahan Hadiah. Apa-apa kos tambahan, duti, cukai dan/atau perbelanjaan sampingan atau caj yang dikenakan berkaitan dengan penebusan Hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.
- Hadiah yang hilang atau rosak semasa proses penghantaran tidak boleh diganti dan pihak Penganjur dan Penaja menafikan sebarang kewajipan untuk menggantikan atau memenuhi Hadiah tersebut.
- Semua keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur berhubung dengan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai Pemenang dan Hadiah adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan daripada Peserta tidak akan dilayan.
- Pihak Penganjur dan Penaja tidak akan bertanggungjawab atau sebarang liabiliti untuk Hadiah / produk / baucar / e-baucar dan secara nyata mengecualikan dan menolak sebarang kenyataan, waranti atau pengesahan, tersirat atau bertulis, bertulis atau lisan, mengenai produk / baucar / e-baucar ditawarkan di bawah kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan atau kegunaan tertentu, kesihatan dan keselamatan. Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama di bawah terma dan syarat seperti yang ditentukan oleh pemilik jenama. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama hendaklah diselesaikan oleh pengguna secara terus dengan pemilik jenama.
- Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta/Pemenang yang berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan menyertai, menghantar penyertaan atau penerimaan Hadiah) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang/Peserta. Pihak Penganjur dan Penaja, sekutunya, ejen-ejen dilantik atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos/caj/yuran/perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta/Pemenang berkaitan dengan Peraduan ini.
Hak Penganjur / Penaja
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberikan kebenaran kepada pihak Penganjur dan Penaja untuk menggunakan, menyiarkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar Pemenang/Peserta (jika ada) bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan apa jua tujuan lain di dalam apa jua saluran penerbitan, pengedaran atau paparan, tanpa sebarang notis terlebih dahulu atau bayaran pampasan kepada Pemenang/Peserta. Pemenang/Peserta tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan hak milik atau lain-lain pampasan terhadap material tersebut.
- Jika atas apa-apa sebab Peraduan ini tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, apa-apa tindakan kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan atau apa-apa sebab di luar kawalan, pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung Peraduan ini tanpa sebarang notis.
- Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati atau disyaki menipu / menggodam / menyalahgunakan proses penghantaran Peraduan, operasi Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini dan pihak Penganjur berhak untuk melakukan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang diyakini telah melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan.
- Pihak Penganjur dan Penaja berhak untuk meminda Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya.
- Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, arahan dan kaedah Peraduan seperti yang terdapat di laman sesawang https://www.bizapp.com.my/go-cuba/ atau sebaliknya, juga akan mengikat semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.
- Jika berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi untuk Peraduan ini, terma dan syarat yang terkandung di https://www.bizapp.com.my/go-cuba/ akan diguna pakai.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh pihak Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan untuk tujuan Peraduan.
- Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Penganjur dan Penaja, sekutunya dan/atau pihak ketiga yang dilantik tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, lewat disebabkan atau sebarang kesilapan teknikal.
Liabiliti dan Tanggungjawab
- Peserta dan Pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam Peraduan ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur dan agensinya daripada sebarang tuntutan sama ada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan nyawa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
- Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan pihak Penganjur dan Penaja atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan pihak Penganjur atau pihak Penaja untuk tujuan Peraduan ini) bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan ini, walaupun pihak Penganjur dan Penaja telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi yang tersebut adalah dinafikan.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan dan semua keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.
- Pihak Penganjur ingin memberi peringatan kepada Peserta untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya semasa menerima sebarang panggilan telefon atau mesej yang meminta maklumat peribadi anda semasa dan atau selepas Peraduan. Pihak Penganjur juga ingin menasihatkan Peserta kami untuk menghubungi pihak Penganjur untuk pengesahan mengenai Peraduan ini.
- Terma dan Syarat ini dikawal oleh undang-undang Malaysia dan di bawah bidang kuasa mahkamah Malaysia
Perlindungan Data
- Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada bank mereka untuk mendedahkan dan memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, nombor kad pengenalan (KP) yang telah ditutupkan dan butir-butir peribadi lain (“Data Peribadi“) untuk tujuan menjalankan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumuman dan penerbitan Data Peribadi dan/atau foto Peserta di laman sesawang pihak Penganjur dan Penaja untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
- Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta juga memberikan persetujuan dan kebenaran kepada pihak Penganjur untuk berkongsi atau mengumpul Data Peribadi mereka termasuk dengan pihak ketiga (jika diperlukan) tidak terhad kepada agen pihak Penganjur atau mana-mana bank peserta MyDebit di Malaysia. Semua pihak ketiga tersebut dikehendaki secara kontrak, tidak menggunakan Data Peribadi Peserta selain daripada cara yang dinyatakan di sini.
- Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:
- Hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi pihak Penganjur di alamat kontak yang dinyatakan di bawah yang disediakan pihak Penganjur dengan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan Data Peribadi tersebut;
- Hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dimiliki oleh pihak Penganjur; dan
- Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.
- Peserta boleh merujuk kepada Terma dan Syarat laman web Penganjur di https://www.bizapp.com.my/go-cuba/.
- Pihak Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan Data Peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemprosesan data daripada pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
- Apa-apa perkara berkaitan Data Peribadi yang berhubung kait dengan Peraduan ini akan ditadbir dan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa undang-undang yang berkaitan di Malaysia.