Bizapp Ventures Sdn Bhd mengukuhkan lagi kerjasama strategiknya bersama Pos Malaysia dengan melancarkan BIZAPP EXPRESS LANE bermula dengan POS MALAYSIA di Bandar Baru Bangi dan akan diperluaskan ke seluruh negara di dalam masa yang terdekat.
Laluan ini adalah khusus untuk usahawan yang menggunakan aplikasi BIZAPP dalam menguruskan pesanan dan perniagaan mereka. Para pengguna BIZAPP hanya perlu mencetak “Airway Bill (AWB) Sticker” dari aplikasi BIZAPP dan melekatkannya pada bungkusan selepas itu boleh terus ke kaunter Pos Malaysia yang berhampiran untuk meletakkan bungkusan pelanggan mereka tanpa perlu beratur atau mengambil nombor giliran.
Selain kaunter Pengguna BIZAPP juga boleh memasukkan bungkusan mereka terus ke dalam bakul serahan yang disediakan tanpa perlu mengisi apa apa borang borang dengan syarat stiker AWB telah dilekat sempurna diatas bungkusan yang ingin dihantar. Perkhidmatan serahan letak dan tinggal ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga 7.30 malam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Dengan kerjasama BIZAPP EXPRESS LANE ini juga setiap usahawan yang menggunakan aplikasi BIZAPP ULTIMATE akan diletakkan dibawah seliaan seorang pegawai jualan dari pihak Pos Malaysia. Pegawai ini akan bertindak menjaga keperluan para pengguna BIZAPP seperti permintaan khas pengambilan bungkusan dipermis pada waktu luar jadual atau melayani isu-isu berbangkit yang memerlukan perhatian segera dari pihak POS Malaysia.
Pos Malaysia juga telah menaiktaraf kaedah sistem pemakluman penghantaran bungkusan kepada pelanggan dengan memperkenalkan sistem pemberitahuan status penghantaran terus melalui sistem Whatsapp dan SMS. Para pelanggan akan terus dimaklumkan secara bergambar dan bertulis melalui sistem ini, tiada lagi kertas stiker yang dilekatkan dipintu rumah anda!

Para pengguna disarankan untuk membuka akaun pascabayar bersama pihak POS MALAYSIA bagi mendapatkan harga penghantaran yang sangat kompetetif dan berpatutan yang hanya dinikmati oleh mereka yang mendaftar sahaja. Pengurusan pesanan dan penghantaran pelanggan pula akan dibuat dan dijana melalui aplikasi BIZAPP yang telah terbukti menjadi aplikasi pengurusan perniagaan yang digunakan oleh ramai usahawan online yang telah berjaya maju.
Dengan pelbagai usaha dan perancangan baru dari POS MALAYSIA dan BIZAPP dilihat amat komited dalam memberi pengalaman baharu yang terbaik kepada para pelanggannya.
POS MALAYSIA selaku syarikat kurier kebangsaan yang memiliki aset yang lengkap dan canggih juga diyakini mampu memenuhi keperluan para usahawan atas talian dan jaminan keselamatan bungkusan yang dihantar pasti selamat sampai kepada para penerimanya.