Margin Jualan Berbeza Untuk Reseller, Agen & Dropship

Apa kelebihan anda boleh bagi untuk reseller, agen dan dropship anda? Yang paling simple ialah margin keuntungan yang lebih tinggi pada setiap jualan. Macam mana nak ada margin keuntungan yang berbeza? Adjust pada harga agen setiap produk mengikut kumpulan masing-masing.

Empat (4) kriteria yang anda boleh consider untuk group-kan tim sales anda.

1. Membership

Adakah tim tersebut membayar fee atau royalti setiap bulan atau tahun? Berikan margin keuntungan lebih tinggi kepada mereka yang membayar fee lebih tinggi kerana ada keuntungan anda pada fee mereka yang boleh dikira tolak dari margin jualan.

2. Tim ada pegang stok tak?

Adakah tim membeli produk anda secara pukal (borong) untuk dijual kembali? Sekiranya ya, mereka selayaknya mendapat margin yang paling tinggi kerana mereka mengeluarkan modal yang lebih besar berbanding tim yang tidak memegang stok.

3. Minimum pembelian dalam satu order

Adakah anda menetapkan minimum pembayaran pada setiap pembelian? Anda boleh memberikan mereka margin yang tinggi juga kerana mereka perlu capai specific sale baru dapat menghantar tempahan.

4. KPI jualan

Adakah anda menetapkan target sale? Mereka yang lebih tinggi KPI boleh mendapatkan margin yang lebih tinggi. Sekiranya mereka melebihi KPI, ada imbuhan lain yang anda boleh berikan. Sekiranya mereka tidak mencapai KPI, anda boleh mengubah mereka ke group yang lebih rendah margin keuntungan jualan.

Setiap harga agen bagi setiap kumpulan dan setiap produk perlu mengambil kira margin keuntungan yang anda dapat pada setiap penjualan (harga jualan). Kiraan margin keuntungan untuk diagihkan kepada tim tidaklah terlalu tinggi supaya anda juga menikmati keuntungan yang sepatutnya untuk perkembangan bisnes anda.

Terdapat juga komisen lain seperti komisen rujukan (referral), komisen pada penjualan secara pukal (borong) dan pakej meranik (combo). Anda juga perlu mengambil kira kiraan margin keuntungan yang berbeza sekiranya anda menawarkan tawaran pada jenis pembelian seperti ini.

Selain dari pemberian komisen mengikut jualan produk, anda juga boleh mengagihkan margin keuntungan dalam bentuk imbuhan yang lain seperti bonus prestasi dan sebagainya. Yang penting anda perlu teliti dalam mengira keuntungan dan kos-kos lain supaya anda tidak rugi dan mendapat keuntungan yang wajar.

Artikel Berkaitan

SKU Mudah Urus Produk

Dalam sistem pengurusan jualan, SKU atau Stock Keeping Unit digunakan sebagai kod yang merujuk kepada produk berkenaan. Setiap produk memiliki SKU tersendiri sama seperti Kad

Selanjutnya >

Alamat :

Bizapp Ventures Sdn. Bhd (1264085-M)

No. 14-2, Jalan 8/36, Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Tel :

1-700-81-2798

Korporat

Cerita Kami

Bizapp Group

Kolaborasi

Servis

Fungsi

Pelan & Harga

Blog

F.A.Q

Bizapp Ventures © 2024. Hak Cipta Terpelihara.

Pendaftaran Anda Telah Diterima

Sila Bersedia Untuk Team Kami hubungi anda

Bersedia untuk Melonjakkan Perniagaan ada dengan lebih tinggi!