fbpx

Kenali Dashboard

Kenal pasti halaman utama BIZAPP versi web. Lihat kedudukan butang, statistik pantas dan maklumat terkini.

A.  [Menu Bar] : Senarai menu modul-modul dan fungsi-fungsi di BIZAPP.

B.  [Butang Saiz Skrin] : Tekan untuk besar dan kecilkan saiz skrin.

C.  [ID Pengguna] : ID BIZAPP anda untuk rujukan anda dan team BIZAPP jika terdapat sebarang isu teknikal.

D.  [Logo di Dashboard] : Logo anda yang boleh diubahsuai di bahagian Profil & Tetapan. 

E. [Butang Wsapme] : Ke bahagian Wsapme untuk integrasi akaun dan template penghantaran notifikasi nombor tracking parcel.

F.  [Butang Bizappay] : Capaian pantas fungsi Bizappay.

G. [Whatsapp Admin] : Tekan untuk hubungi Admin BIZAPP melalui WhatsApp. 

H. [Butang Refresh] : Tekan untuk refresh skrin dan dapatkan maklumat dan tempahan terkini.

I.  [Menu Proses Tempahan] : Senarai aktiviti-aktiviti untuk proses tempahan.

J. [Pakej langganan] : Pakej langganan semasa. Ultimate berwarna ungu. Basic+ berwarna biru.

K.  [Nama Domain ] : Nama domain BIZAPP untuk semua pengguna. Jika anda melanggan Privilege, domain ini akan menunjukkan nama domain yang anda pilih pada akaun anda dan akaun stokis, agen, dropship dibawah anda

L. [Butang Penukaran Data ] :

Butang ini boleh ditekan untuk menukar kepada total jualan dan untung kasar. Jika total besar berwarna hijau, anda melihat total jualan. Jika total dibawah berwarna biru, anda melihat untung kasar

M.  [Total Jualan Keseluruhan Tahun] : Bacaan di atas adalah bacaan tahun lepas dan bacaan dibawah adalah bacaan tahun ini

N.  [Bacaan Bulanan & Harian ] : Baris di atas menunjukkan kiraan bagi bulan terkini (kanan) dan bulan lepas (kiri). Baris dibawah menunjukkan kiraan hari ini (kanan) dan semalam (kiri)

O.  [Capaian Pantas Statistik] : Butang ini boleh ditekan untuk melihat analisa berbentuk graf.

Analisa 01: Taburan pelanggan mengikut negeri. 

Analisa 02: Taburan agen mengikut kumpulan bagi setiap negeri. 

Analisa 03: Penilaian prestasi oleh stokis, agen & dropship anda. 

P. [Statistik Jualan 7 Hari ] : Anda boleh lihat jumlah harian dengan menggerakkan pointer pada titik di graf. 

Garis bewarna biru menunjukkan total jualan.

Garis bewarna hitam menunjukkan untung kasar. 

Q.  [Butang Point of Sales P.O.S] : Masukkan jualan langsung disini. Jualan langsung adalah jualan yang tidak perlu diproses (bukan POS, COD atau COD-K). 

R.  [Butang Tempahan Baru] : Masukkan tempahan disini. Tempahan baru adalah jualan yang perlu diproses (POS, COD atau COD-K).

S.  [Status Integrasi] : Senarai status (CONNECTED atau DISCONNECT) integrasi dari kiri Wsapme, Bizappay, Shopee & TikTok Shop. Butang ini boleh ditekan untuk pergi ke bahagian integrasi berkenaan. 

T. [Butang Leads ] : Jumlah leads terbaru dari total leads yang ada. Butang ini boleh ditekan untuk pergi ke bahagian leads.

U.  [Minishop] : Nama MiniShop anda. Butang ini boleh ditekan untuk dapatkan URL MiniShop anda dan sistem akan buka MiniShop tersebut di tab baharu. 

V.  [Jumlah Kredit] : Jumlah kredit semasa yang boleh digunakan untuk menghantar nombor tracking atau blast notifikasi menggunakan SMS. 

W.  [Bilangan Tempahan Keseluruhan] : Jumlah bilangan tempahan keseluruhan tahun ini. Ia termasuk tempahan anda kepada akaun sendiri & HQ/Stokis lain serta tempahan oleh staf dan agen kepada akaun anda. 

X.  [Jumlah Tempahan yang Belum Di Proses] : Diatas ialah jumlah tempahan yang anda perlu proses. Dibawah ialah jumlah tempahan yang HQ/Stokis anda perlu proses. 

Y.  [Semakan Duplikasi] : Butang ini dapat melihat sekiranya ada tempahan yang sama di dalam senarai tempahan yang perlu diproses.

Z.  [Panel Carian Tempahan untuk Di Proses] : Lakukan carian tempahan yang belum di proses di panel ini. Jika tempahan tidak dijumpai berkemungkinan tempahan itu tidak berjaya atau telahpun di proses. Dibawah panel ini adalah senarai tempahan yang belum di proses

Share this post :

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Alamat :

Bizapp Ventures Sdn. Bhd (1264085-M)

No. 14-2, Jalan 8/36, Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Tel :

1-700-81-2798

Korporat

Cerita Kami

Bizapp Group

Kolaborasi

Solusi

BizApp

Bizapp Academy

Bizapp Ventures © 2023. Hak Cipta Terpelihara.