Jual Dengan Risiko Rendah Di Musim Raya Bersama Dropship & Ejen

Musim raya musim bisnes meriah di mana-mana. Ada yang berniaga hanya time raya. Ada yang all out gila-gila bila musim perayaan tiba. Bila musim peak seperti raya tiba, ada satu strategi jualan yang berisiko rendah yang anda boleh pertimbangkan – menjual menggunakan dropship dan agen.

Sebenarnya sistem dropship dan agen dah lama digunapakai di Malaysia. Ada yang tersalah guna sehingga terjadilah scam dengan pihak-pihak MLM yang tidak bertanggungjawab. Tetapi sebenarnya strategi dropship agen ini banyak kelebihannya.

Dropship dan agen mengurangkan cabaran menjual secara runcit, menyimpan inventori yang besar dan penghantaran. Cabaran banyak wujud apabila inventori dipegang oleh pelbagai pihak. Sekiranya jualan dilakukan oleh satu pihak iaitu dropship dan agen, yang hanya fokus kepada pemasaran dan penjualan produk, pemilik perniagaan boleh menumpukan perhatian kepada kualiti produk, pembungkusan dan penghantaran. Lebih banyak masa dapat diluangkan untuk tugasan operasi dan pembangunan bisnes yang lain seperti penjenamaan.

Pemilik perniagaan perlu menyusun strategi penjualan melalui dropship dan agen dengan menetapkan secara jelas tugasan masing-masing dan imbuhan yang akan diterima seiring dengan prestasi jualan.

Musim raya ini, pemilik perniagaan perlu lebih peka dalam menjaga kualiti produk dan perkhidmatan mereka. Tugasan operasi seperti penghantaran kurier, pilihan COD boleh digunapakai dengan menggunakan strategi dropship dan agen ini. Risiko main harga, pembungkusan tidak menepati QC dan penghantaran lambat dapat dielakkan apabila pemilik perniagaan menumpukan lebih banyak perhatian ke bahagian ini.

Adakah anda mengenali bisnes yang menawarkan peluang bisnes dropship agen? Boleh kenalkan mereka kepada BIZAPP untuk membantu memantapkan pengurusan after sales dan tim pasukan jualan!

Artikel Berkaitan

SKU Mudah Urus Produk

Dalam sistem pengurusan jualan, SKU atau Stock Keeping Unit digunakan sebagai kod yang merujuk kepada produk berkenaan. Setiap produk memiliki SKU tersendiri sama seperti Kad

Selanjutnya >

Alamat :

Bizapp Ventures Sdn. Bhd (1264085-M)

No. 14-2, Jalan 8/36, Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Tel :

1-700-81-2798

Korporat

Cerita Kami

Bizapp Group

Kolaborasi

Servis

Fungsi

Pelan & Harga

Blog

F.A.Q

Bizapp Ventures © 2024. Hak Cipta Terpelihara.

Pendaftaran Anda Telah Diterima

Sila Bersedia Untuk Team Kami hubungi anda

Bersedia untuk Melonjakkan Perniagaan ada dengan lebih tinggi!