Dalam sistem pengurusan jualan, SKU atau Stock Keeping Unit digunakan sebagai kod yang merujuk kepada produk berkenaan. Setiap produk memiliki SKU tersendiri sama seperti Kad Pengenalan untuk kita. Hanya satu nombor untuk satu orang. Hanya satu SKU untuk satu produk.
SKU ini memudahkan sistem menyimpan data produk yang mengandungi pelbagai lagi maklumat seperti nama, variasi, berat, gambar, harga, stok, URL pada sales chanel dan lain-lain lagi. BIZAPP membolehkan pengguna mencetak barkod SKU ini seperti barkod yang terletak pada produk-produk yang dijual di kedai-kedai diluar sana. Barkod ini boleh diimbas menggunakan scanner sewaktu check out sekiranya pelanggan membeli di kedai. Sekiranya pelanggan membeli secara online, barkod memudahkan tim dan staf untuk membungkus pesanan dan mengelakkan kesilapan item.
Mudah cerita, SKU ini adalah ID kepada produk-produk yang ada. Jenuh dan susah nak letak nama sebagai SKU sebab nama boleh jadi panjang, boleh jadi pendek dan boleh jadi pelik. Mudahkan pengurusan produk anda dengan meletakkan SKU yang betul. Sebaiknya, SKU adalah kombinasi huruf dan nombor sahaja. Selamat menguruskan produk anda dengan SKU yang tepat!