BIZAPP kalahkan 10 syarikat antarabangsa di MIHAS!
Pasukan Bizapp Ventures Sdn Bhd telah berjaya menerima Anugerah Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) didalam kategori Inovatif dan Perkhidmatan Terbaik pada tahun ini melalui aplikasi pengurusan perniagaan BIZAPP yang telah terbukti membantu ribuan usahawan dalam mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka. Pasukan Bizapp telah Berjaya mengalahkan 10 penyertaan lain dalam kategori ini.
Majlis anugerah itu dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)sempena Pameran Halal Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
MIHAS 2022 kali ini telah menerima secara keseluruhannya 1258 pempamer dari seluruh dunia termasuk Kuwait, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Palestin dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Anugerah yang dimenangi BIZAPP telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz disampaikan kepada CEO Bizapp En Taib Pardi (co founder) dengan diiringi CTO En Hasnol (founder) dan EN Jefry (COO).
Anugerah peringkat antarabangsa ini sudah semestinya suatu penghargaan yang amat bermakna bagi BIZAPP dalam menyediakan perkhidmatan aplikasi pengurusan perniagaan dan terus membangunkan fungsi fungsi yang inovatif untuk dimanfaatkan oleh para usahawan.