BIZAPP Pertingkatkan Kempen Inisiatif Mengenai Kepentingan Kaedah Pembayaran Digital

PETALING JAYA- Bizapp Ventures Sdn. Bhd. (Bizapp Ventures) telah menerima 3,000 penyertaan untuk kempen Go Cuba Bizappay with FPX yang telah dilancarkan bermula dari 15 September hingga 15 Februari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bizap Ventures, Mohd. Taib Pardi, daripada penyertaan tersebut, sebanyak 20 syarikat telah disenarai pendek dan hanya tujuh syarikat yang terpilih ke peringkat akhir untuk menerima hadiah melalui cabutan bertuah.

“Semua peserta telah diadili mengikut kriteria yang ditetapkan sepanjang kempen berlangsung.

“Kami bukan sahaja memberi sokongan kepada para peniaga baharu yang hendak mencuba Bizappay tetapi turut menanggung kos transaksi FPX sebanyak RM1 untuk mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini. Menerusi kempen tersebut, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Axia, enam unit iPhone 14 dengan nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM70,000.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Goreng Pisang Crispy (GPC) Network Sdn. Bhd., Hairul Hafizi Johari muncul sebagai pemenang utama sebuah kereta Perodua Axia dalam majlis penyampaian hadiah kempen ‘Go Cuba Bizappay with FPX’ di sini baru-baru ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Goreng Pisang Crispy (GPC) Network Sdn. Bhd., Hairul Hafizi Johari muncul sebagai pemenang utama sebuah kereta Perodua Axia dalam majlis penyampaian hadiah kempen ‘Go Cuba Bizappay with FPX’ di sini baru-baru ini.

Mohd Taib juga menjelaskan, kempen yang disokong dan ditaja oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dengan kerjasama CommercePay (CAP) adalah salah satu inisiatif syarikat untuk memberi pendedahan pembayaran digital kepada komuniti pinggir bandar dan luar bandar. “Kempen itu bertujuan untuk mengubah pengguna Bizapp daripada kaedah konvensional dan deposit tunai manual kepada penggunaan mesin ATM yang diperkemaskan kepada kemudahan FPX tanpa tunai,” jelasnya.

 

 

Tambah beliau, syarikat telah berjaya membantu 700,000 pengguna sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2016. “Sehingga kini, pengguna Bizapp terus berkembang dengan nilai transaksi kasar (GMV) sebanyak RM3.8 billion. “Kami juga terus mengorak langkah menawarkan sistem dalam talian yang dikenali sebagi Bizappay dalam usaha mempromosikan kaedah menerima dan membuat pembayaran perniagaan secara dalam talian,” terangnya.

Menurut Mohd. Taib, kaedah ini terbukti mampu membantu peniaga menerima pesanan dalam tempoh 24 jam tanpa henti dan padamasa sama ia turut membantu usahawan terhindar daripada penipuan (Scammer) di samping membuka peluang kepada para peniaga luar bandar mendapat kemudahan dan keselamatan yang sama.

Artikel Berkaitan

SKU Mudah Urus Produk

Dalam sistem pengurusan jualan, SKU atau Stock Keeping Unit digunakan sebagai kod yang merujuk kepada produk berkenaan. Setiap produk memiliki SKU tersendiri sama seperti Kad

Selanjutnya >

Alamat :

Bizapp Ventures Sdn. Bhd (1264085-M)

No. 14-2, Jalan 8/36, Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Tel :

1-700-81-2798

Korporat

Cerita Kami

Bizapp Group

Kolaborasi

Servis

Fungsi

Pelan & Harga

Blog

F.A.Q

Bizapp Ventures © 2024. Hak Cipta Terpelihara.

Pendaftaran Anda Telah Diterima

Sila Bersedia Untuk Team Kami hubungi anda

Bersedia untuk Melonjakkan Perniagaan ada dengan lebih tinggi!