Seiring dengan perkembangan dunia perniagaan ONLINE yang semakin pesat di Malaysia. Tidak lama lagi pengguna aplikasi BIZAPP pakej ULTIMATE dan Privilage boleh membuat sambungan (sync) dengan penyedia Market Place utama Malaysia seperti Shoppe , Lazada dan yang terkini Tiktokshop.
Pasukan developer sistem Bizapp sedang giat menguji sistem ini dan dijangka akan dilancarkan secara berperingkat seawal bulan Oktober ini.

Sambung selaras (sync) ini bakal memudahkan pemantauan rekod stok inventori dan proses penghantaran di aplikasi BIZAPP walaupun jualan berlaku didalam marketplace luar.
Maklumat pesanan dan rekod pelanggan juga dapat diurus dan disimpan didalam Bizapp secara terus tanpa perlu di keyin secara manual.
Dengan update terbaru ini bakal memudahkan lagi pengurusan dari penyediaan produk sehinggalah kerja kerja penghantaran.
Pengunguman rasmi tentang struktur harga juga akan dibuat oleh pihak Bizapp semasa pelancaran rasmi nanti.