Your Sales Management Application

BIZAPP BAKAL MENAWARKAN PERKHIDMATAN LOGISTIK, PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN PESANAN BERPUSAT

BIZAPP Ventures Sdn Bhd mengorak selangkah lagi dengan menerokai bidang logistik, pembungkusan dan penghantaran berpusat yang bakal dikenali sebagai BIZAPPSTORE.

BIZAPPSTORE ini bakal memberi penyelesaian kepada HQ dan founder yang ingin memfokuskan aktivti harian mereka kepada pemasaran dan pengembangan produk atau syarikat dengan menyerahkan tanggungjawab urusan penghantaran pesanan pelanggan kepada BIZAPPSTORE untuk selesaikan.

BIZAPPSTORE dilengkapi dengan kelengkapan robotik yang canggih untuk menguruskan pesanan para pelanggan bagi pihak penjual. Sistem yang dibina bakal meningkatkan kecekapan dalam proses pengambilan pesanan sehinggalah kepada proses pembungkusan. Selain itu sistem robotik yang digunakan juga akan meningkatkan kepantasan masa untuk siapkan setiap pesanan pelanggan yang diterima.

Pelaburan baru ini dilihat penting bagi BIZAPP dalam menawarkan solusi ekosistem yang lengkap terutamanya untuk para pengguna BIZAPP itu sendiri. Sehingga kini BIZAPPSTORE sedang didalam fasa ujilari sistem komputer dan robotiknya dan bakal dilancarkan suku tahun ke tiga tahun 2023 ini.

Comments are closed.

Pendaftaran Anda Telah Diterima

Sila Bersedia Untuk Team Kami hubungi anda

Bersedia untuk Melonjakkan Perniagaan ada dengan lebih tinggi!