Your Sales Management Application

BIZAPP menghargai Penggunanya atas kejayaan mencapai RM3.2 billion nilai jualan Kasar sehingga tahun 2022

BIZAPP merupakan sebuah aplikasi pengurusan pesanan, ejen dan perniagaan digital yang telah mencecah lebih 700 ribu pengguna telah mengadakan Malam Penghargaan Utama BIZAPP 2022 (Bizapp Grand Appreciation Night 2022) pada februari 2023 bagi meraikan pencapaian penggunanya didalam pernigaan digital Malaysia.

Ramai usahawan, peniaga dan pengasas produk telah memanfaatkan aplikasi BIZAPP dalam menguruskan operasi perniagaan mereka, ia termasuk mengurus pesanan dari para ejen, dropshipper, pesanan terus dari pelanggan mahupun pesanan dari pasar digital (marketplace) seperti Shoppe mahupun Tiktok.

Melaui BIZAPP juga pengguna dapat menguruskan penghantaran produk mereka kerana BIZAPP telah berintegrasi dengan syarikat kurier.

Aplikasi BIZAPP ini telah banyak memudahkan para penggunanya dan mereka berjaya berkembang dengan menggunakan BIZAPP. Sehingga tahun 2022 BIZAPP telah mencatatkan kira kira RM 3.2 billion nilai urusniaga kasar (GMV) sejak dari penubuhannya pada tahun 2018

Bagi meraikan kejayaan dan sokongan para pengguna BIZAPP ini. BIZAPP Ventures Sdn Bhd  telah menjemput lebih 80 buah syarikat dan usahawan yang terpilih bagi menerima anugerah dan penghargaan atas pencapaian mereka dalam perniagaan digital yang dilakukan melalui BIZAPP.

Antara kriteria pemilihan penerima anugerah adalah rekod jualannya wajib telah melepasi nilai RM1 juta.

“Pihak MDEC juga berbangga kerana BIZAPP adalah sebuah syarikat Malaysia yang telah membangunkan aplikasi pengurusan perniagaan dengan menggunakan 100% tenaga pakar tempatan.  Aplikasi ini  yang telah memberi manfaat kepada  lebih 700 ribu pengguna terutamanya usahawan DIGITAL LUAR BANDAR dan telah menjana lebih RM 3 Billion GMV sejak tahun 2016. Tahniah atas kejayaan penganjuran Malam Penghargaan Utama BIZAPP 2022 (Bizapp Grand Appreciation Night 2022) “ ucapan dari YBhg Datuk Fadzil Abdul Wahid, Head/Senior VP, Digital Industry Development at Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang telah merasmikan Malam Penghargaan Utama BIZAPP 2022 yang lalu.

“Penganjuran ini selain menghargai dan memberi anugerah kepada para pengguna kami yang telah berjaya mencapai jualan lebih dari Rm1 juta. Ia juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pengguna BIZAPP yang lain supaya mereka juga boleh mencapai nilai jualan RM 1juta mereka bersama BIZAPP seperti rakan usahawan yang lain!” kata En Taib bin Pardi Ketua Pengarah Urusan BIZAPP Venture Sdn Bhd

“Pada awal perniagaan kami, semuanya manual. memang agak meletihkan dan serabut. Alhamdulillah sejak kami menggunakan BIZAPP sejak tahun 2018. Perniagaan kami berkembang dengan sangat baik. sekarang pun BIZAPP semakin canggih dengan pelbagai FUNGSI!” kata salah seorang pengguna BIZAPP yang menerima anugerah pada malam tersebut.

Pada majlis tersebut anugerah khas juga diberikan kepada pengguna BIZAPP yang menyumbang bungkusan penghantaran yang paling tinggi dicatatkan pada tahun 2022 oleh pihak NINJA VAN selaku penganjur bersama Malam Penghargaan Utama BIZAPP 2022 (Bizapp Grand Appreciation Night 2022).

Pihak Bizapp dengan berbesar hati mengucapkan sekalung tahniah kepada semua usahawan yang berjaya. Semoga semua perniagaan, usahawan dan pengasas produk yang menggunakan aplikasi BIZAPP  semakin maju di sepanjang tahun 2023 dan tahun-tahun akan datang.

Comments are closed.

Pendaftaran Anda Telah Diterima

Sila Bersedia Untuk Team Kami hubungi anda

Bersedia untuk Melonjakkan Perniagaan ada dengan lebih tinggi!