fbpx

BIZAPP dan Pos Malaysia bersetuju bekerjasama didalam memperkasakan Perniaga Kecil Sederhana (IKS)

Bizapp Ventures Sdn Bhd (BIZAPP) dan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah mementerai Kerjasama Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama rapat dalam memperkasakan Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Dengan memanfaat kekuatan antara BIZAPP dan Pos Malaysia, Mou ini menyasarkan memperkasakan IKS Malaysia untuk berkembang dan berkembang lebih laju terutamanya IKS luar bandar dan Kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan kurier untuk usahawan.


BIZAPP dan Pos Malaysia berpandangan bahawa Industri Kecil dan Sederhana merupakan sekmen yang terbesar dan menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia. Oleh itu MoU ini bukan sahaja penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi sektor ini tetapi sangat penting untuk menyediakan dan melengkapkan komuniti ini dengan alat dan sistem yang tepat untuk mencapai pasaran yang lebih besar.

Dengan transformasi digital yang disediakan oleh pihak BIZAPP dan perkhidmmatan kurier dan perhubungan oleh Pos Malaysia, IKS akan berpeluang  menembusi pasaran yang lebih luas, pelanggan yang lebih ramai dan cepat menyesuaikan diri dalam menyediakan permintaan pelanggan yang semakin tinggi.

Bizapp Ventures Sdn Bhd telah membantu lebih 600,000 ejen dan usahawan melalui aplikasi BIZAPP dan sehingga kini telah mencatatkan urusniaga yang berlaku didalam aplikasi mencapai sebanyak RM2.8 billion nilaian transaksi jualan.

Majlis tandatangan dan penukaran dokumen Persefahaman ini telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (“MATRADE”), Abu Bakar Yusof sewaktu pameran MIHAS sebuah pameran Halal Antarabangsa yang Terbesar yang lalu.

Comments are closed.